laporan pelaksanaan internship indvdu

Upload: aaron-saunders

Post on 03-Jun-2018

240 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/11/2019 Laporan Pelaksanaan Internship Indvdu

    1/10

    LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP

    NAMA PELAJAR : ROZALIA BINTI RAMLI

    PROGRAM : PISMP 1111 PENGAJIAN AGAMA

    NAMA SEKOLAH : SEKOLAH KEBANGSAAN SERIAN

    NAMA PROJEK/AKTIVITI : KELAS INTENSIF JAWI

    TEMPOH PELAKSANAAN : 14 - 22 JULAI 2014 (9 HARI)

    OBJEKTIF :

    1) Meningkatkan motivasi murid untuk mempelajari tulisan Jawi.

    2)Membantu murid mengenali huruf Jawi yang boleh dan tidak boleh bersambung.

    3)Memperbaiki kemahiran murid menulis Jawi dengan betul.

    STRATEGI PELAKSANAAN :

    Bil Tarikh Aktiviti Tindakan

    1 14 Julai 2014

    Mengedarkan lembaran praKelas Intensif Jawi bagimengenalpasti masalahpenulisan murid dengan lebih

    jelas. Menerangkan berkenaan BBM

    yang boleh membantu muridmemperbaiki kemahiranpenulisan mereka.

    Guru pelatih dengan

    kerjasama murid 2Bestari

    2 15 Julai 2014

    Mengedarkan lembaran latihan.

    Memaparkan BBM sepanjangproses latih tubi dijalankansebagai panduan kepadapenulisan Jawi murid.

    Membantu murid memahami

    sifat huruf dengan lebih jelas.

    Guru pelatih dengankerjasama murid 2

    Bestari

    3 21 Julai 2014

    Permainan kuiz berkaitanmenyambung huruf tunggalJawi.

    BBM tidak dipaparkan bagimenguji kemahiran murid.

    Mengedarkan lembaran latihan.

    Guru pelatih dengankerjasama murid 2

    Bestari

  • 8/11/2019 Laporan Pelaksanaan Internship Indvdu

    2/10

    LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP

    4 22 Julai 2014

    Memaparkan BBM sertameminta murid menerangkanpenggunaannya.

    Menguji kemahiran penulisanmurid seorang demi seorang.

    Mengedarkan lembaran latihan.

    Guru pelatih dengankerjasama murid 2

    Bestari

    MANUAL PENGGUNA BAHAN BANTU RODA

    Bahan Bantu Roda merupakan suatu kaedah yang boleh membantu murid

    mengetahui sifat-sifat huruf tunggal yang boleh dan tidak boleh bersambung. Terdapat

    3 sifat huruf tunggal Jawi iaitu :

    huruf yang boleh disambung sebelum dan selepasnya.

    huruf yang boleh disambung sebelumnya dan tidak boleh bersambung sesama

    huruf dibawah.

    huruf yang tidak boleh bersambung sama ada sebelum atau selepasnya.

    Oleh itu, bagi memudahkan murid untuk mengenalpasti sifat-

    sifat huruf tunggal Jawi, saya telah membuat sebuah Bahan Bantu

    Mengajar yang dinamakan Bahan Bantu Roda. Ia dinamakan Bahan Bantu Roda

  • 8/11/2019 Laporan Pelaksanaan Internship Indvdu

    3/10

    LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP

    kerana saya menekankan sifat huruf Jawi yang boleh disambung sebelumnya sahaja

    dengan menyusun huruf-huruf tersebut menjadi perkataan RODA. Huruf yang

    selebihnya saya akan susun mengikut bentuk huruf yang sama. Saya turut

    memasukkan beberapa elemen warna yang boleh membantu mengukuhkan

    kefahaman murid berkenaan sifat huruf tersebut. Berikut merupakan ilustrasi Bahan

    Bantu Roda beserta penerangannya.

    Berdasarkan Rajah 1 diatas, terdapat 3 jenis warna yang saya gunakan iaitu

    warna hijau, kuning dan merah. Ketiga-tiga warna ini melambangkan sifat-sifat huruf.

    Saya menggunakan warna ini berdasarkan warna lampu isyarat.

    Bahan Bantu Roda ini dinamakan bukan sekadar susunan hurufnya menjadi

    perkataan RODA, tetapi saya juga meletakkan huruf-huruf tersebut didalam sebuah

    Rajah 1 :Ilustrasi Bahan Bantu Roda yang akan digunakan

    Warna hijau : Semua huruf boleh bersambung sama ada sebelum atau

    selepasnya.

    Warna kuning : Huruf ini boleh bersambung sebelumnya sahaja.

    Warna merah : Huruf ini tidak boleh bersambung sama ada sebelum atau

    selepasnya.

  • 8/11/2019 Laporan Pelaksanaan Internship Indvdu

    4/10

    LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP

    bulatan berbentuk roda yang boleh diputar berdasarkan huruf yang diperlukan guru

    ketika menerangkan penyambungan huruf kepada murid.

    Berikut merupakan langkah-langkah penggunaan Bahan Bantu Roda :

    Pembinaan Bahan Bantu Roda (BBR) adalah untuk membantu murid yang

    masih keliru dalam memahami sifat-sifat huruf tunggal Jawi yang boleh atau tidak

    boleh bersambung. Ia juga bertujuan untuk memantapkan kemahiran penulisan Jawi

    murid. Oleh itu, pada proses permulaan, guru boleh memaparkan BBR sepanjang

    pengajaran dan pembelajaran (PdP) berlangsung. Disamping itu, guru turut membantu

    murid dalam penulisan mereka, contohnya :

    Langkah 1 :Guru meminta murid menyatakan kedudukan huruf ba pada BBR. Huruf

    ba terletak pada warna hijau, oleh itu, huruf ba boleh bersambung dengan huruf ra

    yang berada selepasnya.

    :

    +

    + +

    +

    +

    +

    langkah1

    Guru menerangkan kepada murid sifat-sifat huruf tunggal Jawi.

    Guru mengaitkan sifat-sifat tersebut dengan elemen warna pada Bahan BantuRoda.

    langkah2

    Guru dan murid bersama-sama menyenaraikan huruf-huruf tunggal Jawiberdasarkan elemen warna pada Bahan Bantu Roda.

    langkah3

    Guru mengedarkan papan serbaguna kepada setiap murid.

    Guru meminta murid menyambung huruf tunggal Jawi yang dituliskan pada papantulis.

    langkah3

    Guru mengedarkan lembaran latihan kepada murid.

    Guru meminta murid merujuk Bahan Bantu Roda bagi penyambungan huruf tunggalJawi dalam membina perkataan.

    langkah4

    Guru membimbing sepanjang penulisan murid.

    Guru menyemak lembaran latihan murid.

  • 8/11/2019 Laporan Pelaksanaan Internship Indvdu

    5/10

    LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP

    Langkah 2 : Kemudian guru meminta murid meneruskan kepada huruf kedua iaitu

    ra. Huruf ra merupakan huruf roda, maka, murid hanya boleh menyambung pada

    huruf sebelumnya sahaja iaitu huruf ba. Manakala huruf selepasnya adalah dilarang

    sama sekali.

    Begitu pula pada huruf-huruf yang seterusnya. Guru perlu sentiasa meminta

    murid terlibat dengan penggunaan BBR agar memudahkan pemahaman murid

    berkenaan sifat-sifat huruf selain membantu murid menyambung huruf-huruf Jawi

    dengan betul. Selepas melalui beberapa kali latihan penulisan, guru boleh memberikan

    latihan kepada murid tanpa merujuk kepada BBR.

    REFLEKSI :

    1) KEKUATAN PROJEK/AKTIVITI

    Kelas Intensif Jawi (KIJ) dijalankan untuk memperbaiki kemahiran penulisan

    Jawi bagi murid pemulihan dalam menyambung huruf tunggal Jawi. Kelas ini

    dijalankan sepanjang 4 minggu saya menjalani Internship bagi memperkukuhkan lagi

    kemahiran murid. Tambahan lagi, murid-murid yang saya pilih merupakan diantara

    murid yang agak lemah dalam bidang Jawi. Disebabkan saya menjalankan KIJ secara

    berkala, murid-murid boleh memahami sifat-sifat huruf serta menyambung dengan

    betul.

    Penggunaan Bahan Bantu Roda (BBR) merupakan satu kaedah yang boleh

    membantu murid memperbaiki kemahiran menulis huruf tunggal Jawi dengan betul.

    Penggunaan BBR sebagai fokus utama dapat memotivasikan murid untuk

    mempelajari Jawi dengan lebih menarik. Ini terbukti apabila saya menggunakan BBR,

    murid lebih bersemangat untuk menyiapkan lembaran kerja yang diberikan selain

    melibatkan diri dengan aktif sepanjang kelas dijalankan. Disamping itu, saya turutmenyelitkan elemen warna yang boleh mempengaruhi kefahaman murid berkenaan

    sifat-sifat huruf tunggal yang terbahagi kepada tiga.

    Untuk memudahkan kefahaman murid, saya menggunakan istilah lampu

    isyarat sebagai penerangan kepada warna-warna tersebut, iaitu warna hijau yang

  • 8/11/2019 Laporan Pelaksanaan Internship Indvdu

    6/10

    LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP

    melambangkan huruf-huruf yang boleh bersambung sama ada sebelum dan

    selepasnya. Warna yang kedua ialah warna kuning yang melambangkan huruf yang

    boleh bersambung sebelumnya sahaja dan warna merah melambangkan huruf yang

    langsung tidak boleh bersambung dengan mana-mana huruf. Saya percaya bahawa

    penggunaan warna dalam mengkelaskan sifat huruf amat mempengaruhi kefahaman

    dan ingatan murid. Daripada pemerhatian yang dibuat, saya dapati murid teruja

    menjawab soalan berkenaan sifat-sifat huruf berdasarkan lampu isyarat. Ini adalah

    kerana simbol lampu isyaratmerupakan pengetahuan asas murid di jalan raya yang

    kemudiannya dikaitkan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.

    Selain itu juga, saya juga menggunakan kaedah RODA yang merupakan

    cantuman huruf-huruf berwarna kuning iaitu huruf yang boleh bersambung sebelumnya

    sahaja. Kaedah ini juga digunakan untuk memperkukuhkan ingatan murid terhadap

    huruf-huruf tunggal Jawi yang seringkali murid keliru sama ada boleh menyambung

    dengan huruf lain atau tidak. Kaedah RODA juga membuatkan murid lebih peka

    terhadap huruf-huruf yang sama bentuk dengannya yang menandakan huruf tersebut

    juga mempunyai sifat yang sama. Oleh kerana saya sering mengulangi ejaan huruf-

    huruf RODA, murid boleh mengingati huruf-huruf tersebut dengan lebih cepat.

    2) KELEMAHAN PROJEK/AKTIVITI

    Dalam pelaksanaan projek ini, saya dapati beberapa kelemahan yang timbul

    sepanjang aktiviti dijalankan, antaranya ialah, saya dapati sebahagian murid terlalu

    lemah dalam bidang Jawi contohnya menulis Jawi dari kiri, cara penulisan huruf Jawi

    yang tidak mengikut arah yang betul, tidak dapat menyebut kesemua huruf tunggal

    Jawi dengan tepat serta menyambung hampir semua huruf-huruf Jawi tanpa

    mengetahui peraturan penulisan yang betul. Disebabkan permasalahan ini, saya

    berusaha sekuat mungkin untuk membantu murid-murid pemulihan ini denganmenjalankan Kelas Intensif Jawi diluar waktu pengajaran dan pembelajaran (PdP)

    saya dengan kerjasama guru-guru yang mengajar kelas tahun 2 Bestari. Ini adalah

    kerana, sekiranya saya cuma menggunakan waktu Jawi mengikut jadual, maka objektif

    saya tidak mungkin akan tercapai.

  • 8/11/2019 Laporan Pelaksanaan Internship Indvdu

    7/10

    LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP

    Disamping itu, saya juga tidak dapat menjalankan Kelas Intensif Jawi dengan

    lancar kerana masalah tempat. Apabila kami menggunakan makmal komputer dan

    pusat sumber, akan ada guru-guru lain yang ingin menggunakan bilik tersebut dan

    kami terpaksa berpindah dari satu tempat ke tempat yang lain, dan akhirnya

    menjalankan kelas di kawasan luar iaitu pondok sekolah. Perkara ini juga

    menyebabkan masa kelas saya terganggu dan murid tidak dapat belajar dalam

    suasana pembelajaran yang kondusif. Murid juga tidak dapat menumpukan sepenuh

    perhatian dalam PdP kerana keadaan yang panas di kawasan luar serta perhatian

    mereka terganggu oleh orang yang melalui kawasan tersebut, tumbuh-tumbuhan serta

    benda-benda lain. Ini menyukarkan saya untuk mendapatkan perhatian murid

    sepenuhnya dan membuat peneguhan negatif dengan menarik board dan marker

    persendirian.

    Masa juga merupakan perkara yang amat penting dalam menjalankan satu

    projek khususnya kepada murid pemulihan. Saya perlu menggunakan waktu lain dari

    PdP saya dengan mendapatkan kerjasama daripada guru-guru tertentu agar benar-

    benar dapat mencapai objektif yang saya harapkan iaitu murid boleh menulis Jawi

    dengan betul. Guru j-QAF menggunakan masa yang banyak iaitu sepanjang tahun

    untuk memperbaiki kelemahan murid dalam bidang Jawi khususnya dalam bacaan dan

    tulisan. Program internship yang hanya dalam masa sebulan merupakan masa yang

    sangat singkat dan memerlukan usaha yang banyak dalam memperbaiki murid

    pemulihan yang tegar. Maka, dengan pelaksanaan Kelas Intensif Jawi saya akan

    berusaha sebaik mungkin untuk membantu murid-murid dan pihak sekolah dalam

    meningkatkan kemahiran murid dalam bidang akademik khususnya.

    CADANGAN PENAMBAHBAIKAN :

    Penggunaan Bahan Bantu Roda (BBR) banyak membantu dalam memperbaikikemahiran penulisan Jawi murid. Setelah menjalankan beberapa kali intervensi kepada

    murid-murid pemulihan, mereka memberikan reaksi yang memuaskan apabila

    menyatakan dengan adanya BBR, mereka dapat menentukan sifat-sifat huruf dengan

    baik. Namun begitu, terdapat beberapa cadangan penambahbaikan yang boleh dibuat

  • 8/11/2019 Laporan Pelaksanaan Internship Indvdu

    8/10

    LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP

    agar kaedah ini akan menjadi lebih teratur dan berkesan kepada murid selain

    melancarkan langkah pelaksanaannya.

    Antaranya ialah :

    1) Berdasarkan gambar diatas, BBR saya menunjukkan papan berwarna serta huruf-

    huruf yang berwarna putih. Namun, untuk penambahbaikan pada masa akan datang,

    guru boleh menggunakan kertas berwarna mengikut sifat huruf serta menggandakan

    huruf-huruf tersebut. Ini adalah supaya apabila guru ingin memberikan latihan kepada

    murid, guru hanya perlu melekatkan huruf yang berwarna tersebut. Maka, murid-murid

    akan lebih peka terhadap sifat huruf tersebut secara tidak langsung.

    2) Selain itu, penerangan guru juga amat penting sepanjang aktiviti pengajaran dan

    pembelajaran berlangsung. Pada permulaan intervensi dijalankan, saya masih kurang

    mahir dalam menjelaskan cara penyambungan huruf agar murid-murid lebih mudah

    faham. Semasa aktiviti penulisan, saya hanya menerangkan kepada murid berkenaan

    huruf sebelumnya dan selepasnya yang boleh bersambung atau tidak.

    Sebagai contoh :

    Saya : Huruf ba adalah huruf warna apa?

    Murid : Warna hijau

    :

    +

    + +

    +

    +

    +

  • 8/11/2019 Laporan Pelaksanaan Internship Indvdu

    9/10

    LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP

    Saya : Jadi, boleh bersambung tak dengan huruf selepasnya?

    Murid : Boleh

    Saya : Bagus, huruf seterusnya adalah huruf ra. Huruf ra adalah huruf apa?

    Murid : Huruf RODA

    Saya : Boleh tak huruf ra bersambung dengan huruf seterusnya?

    Murid : Tak boleh.

    Begitu juga dengan huruf-huruf yang seterusnya. Saya hanya menggunakan teknik ini

    untuk menerangkan kepada murid akan cara penyambungan huruf. Maka, cadangan

    penambahbaikan yang saya sarankan kepada guru yang ingin menggunakan kaedah

    ini ialah, guru boleh menyenaraikan nombor diatas huruf-huruf tunggal Jawi. Oleh itu,

    semasa penerangan, guru boleh menukarkan penggunaan huruf sebelum atau

    selepas. Ini adalah kerana, berdasarkan pemerhatian saya, murid agak keliru dengan

    penggunaan perkataan tersebut.

    KESIMPULAN :

    Kelas Intensif Jawi ini bertujuan untuk memperbaiki kemahiran penulisan murid

    dalam menyambung huruf-huruf tunggal Jawi. Setelah menjalankan ujian pra kepada

    murid-murid pemulihan ini, saya dapati murid mengalami beberapa masalah dalam

    penulisan Jawi, antaranya ialah, menulis huruf Jawi bermula dari kiri. Selain itu, murid

    juga tidak dapat menyebut nama sebahagian huruf Jawi. Disamping itu juga, murid

    turut melakukan beberapa kesilapan apabila menyambung huruf Jawi seperti huruf

    lam dengan alif, huruf kaf dan ga serta huruf-huruf lain yang berekor.

    Oleh itu, saya telah berusaha untuk mencari seberapa banyak masa untuk

    membuat kelas ini dengan kerjasama daripada beberapa orang guru subjek lain.

    Maka, saya dapat menumpukan perhatian sepenuhnya dalam memperbaiki kelemahan

    penulisan murid-murid ini. Pada pandangan saya, murid-murid ini memerlukan

    perhatian yang lebih daripada guru dalam membimbing mereka sepanjang aktiviti.

    Berdasarkan guru pendidikan islam yang mengajar mereka, murid-murid ini kelihatan

  • 8/11/2019 Laporan Pelaksanaan Internship Indvdu

    10/10

    LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP

    pasif dan tidak memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap pembelajaran. Namun,

    semasa kelas intensif Jawi ini dijalankan, saya mendapati murid kelihatan seronok dan

    memberikan respon terhadap setiap aktiviti yang saya laksanakan.

    Selepas beberapa kali kelas ini dijalankan, saya dapati murid-murid ini dapat

    menulis Jawi dengan lebih baik daripada sebelumnya. Ini bermaksud terdapat

    perkembangan yang ketara dalam penulisan Jawi murid kerana mereka telah diberikan

    latihan serta aktiviti yang dapat merangsang kemahiran penulisan murid dengan lebih

    baik. Perubahan ini telah memberikan satu kepuasan kepada diri saya kerana berjaya

    mencapai objektif yang disasarkan, disamping membantu murid memperbaiki

    kemahiran penulisan mereka, serta memudahkan guru pendidikan islam untuk

    mengajar mereka pada masa akan datang.

    Alhamdulillah, dengan bantuan dan kerjasama daripada pihak sekolah, guru

    dan murid-murid, menjadikan projek individu saya berjalan dengan lancar dan

    mencapai objektif yang disasarkan. Walaupun murid tidak mengalami perubahan

    100%, namun, peningkatan yang ditunjukkan amat memuaskan.