proposal internship

Upload: mizan-bob

Post on 09-Jan-2016

18 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

internship

TRANSCRIPT

Lampiran 1a

KERTAS CADANGAN PROGRAM INTERNSHIP

NAMA PELAJAR : ROSMIZAN BIN JAHAWIPROGRAM :

PPG SAINS PENDIDIKAN RENDAH AMBILAN FEBRUARI 2015NAMA SEKOLAH :SK RANTAU PANJANG SIBU

NAMA PROJEK/AKTIVITI:

PENGGUNAAN KAEDAH SPKG (SENARAI PILIH KAIT GUNA) DALAM MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBUAT INFERENSTEMPOH PELAKSANAAN:10 OGOS HINGGA 4 SEPTEMBER 2015RASIONAL: Murid-murid dalam kelas 5A terdiri daripada murid-murid yang sederhana. Daripada pemerhatian setelah lima bulan mengajar kelas tersebut, mendapati mendapati bahawa kebanyakkan murid dalam kelas Tahun 5 Amanah mengalami masalah dalam membuat inferens bagi pemerhatian ekperimen yang dijalanakan dan juga soalan Kemahiran Proses Sains bagi Bahagian B semasa Ujian Perkara ini saya dapati berdasarkan penyemakkan lembaran-lembaran kerja dan latihan yang dihantar oleh murid-murid serta jawapan murid di dalam Ujian Diagnostik yang disemak oleh guru.Kekeliruan murid mengenai tajuk bagi rangsangan soalan yang diberikan serta kurangnya pendedahan murid kepada soalan jenis Kemahiran Berfikir Aras Tinggi KBAT juga banyak mempengaruhi kesilapan murid dalam membuat inferens dan menjawab soalan yang memerlukan mereka memberikan inferens yang releven bagi pemerhatian. Soalan-soalan UPSR kebelakangan ini yang lebih menumpukan kepada soalan inferens yang memerlukan murid untuk berfikir secara kritis di samping menggunakan pengetahuan yang telah dipelajari sepanjang 6 tahun berada di sekolah rendah juga merisaukan sayaSejak kebelakangan ini, saya sedar bahawa masalah ini tidak boleh dibiarkan berlarutan memandangkan kumpulan sasaran masih berada di tahun 5 dan masih boleh dibentuk seelum mereka menduduki UPSR yang akan ditempuhi apabila mereka melangkah ke Tahun 6.Kemahiran proses sains adalah kemahiran yang digunakan dalam pembelajaran sains dan diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Seseorang murid dikira menguasai kemahiran proses sains sekiranya ia dapat memerhati, membeza, mengelas, membuat inferens dan seumpama dengannya (Lawson, A.E., 1995; Trowbridge, L.W. et.al.,1981).

Kebanyakan para pendidik bersepakat mengatakan bahawa perkembangan kemahiran proses sains patut menjadi matlamat utama dalam pendidikan ( Gagne, 1970; Lawson, A.E., 1995; Trowbridge, L.W., 1981; Zeitler 1981). Oleh itu, pengajaran sains perlu menerapkan kemahiran proses bersama-sama dengan isi kandungan yang disampaikan.Kemahiran Proses Sains ialah proses minda yang mengalakkan pemikiran secara kritis, kreatif, analitis, dan sistematik untuk melahirkan pelajar yang boleh berfikir secara berkesan (Padilla et al, 1991 seperti yang dinyatakan oleh Noraini Yazib, 2010). Kemahiran Proses Sains yang ditekankan dalam kajian ini adalah kemahiran memerhati, meramal dan meningferens. Oleh itu, penekanan terhadap kemahiran ini adalah penting kerana murid perlu mahir dalam kemahiran proses sains agar mereka dapat menguasai pembelajaran sains dengan baik.Menurut Yeam Koon Peng (2007) kemahiran-kemahiran proses sains yang disebutkan itu merupakan subset kepada kemahiran berfikir yang digunakan oleh sama ada seorang ahli sains guru ataupun pelajar apabila mempelajari sains. Maka dapatlah disimpulkan bahawa kemahiran proses sains merupakan asas kepada penguasaan ilmu sains yang baik.Noraini Yazib (2010) menyatakan melalui kajian yang dibuat bahawa kemahiran proses sains tidak boleh dipelajari melalui pembacaan sahaja sebaliknya murid perlu mengalami, mempraktik dan menghayatinya. Justeru itu, dengan pengunaan kaedah SPKG yang diilhamkan saya ini, murid dapat membuat inferens dengan lebih baik dan berkesan.

Menurut kajian yang dibuat oleh Kamariah (2005) beliau mendapati bahawa murid yang gagal dalam ujian sains adalah kerana mereka menghadapi masalah dalam menjawab soalan BahagianB. Kebanyakan soalan berkaitan memerhati, meramal dan menginferens terdapat didalam soalan Bahagian B, oleh itu, jika penguasaan murid dalam kemahiran memerhati, meramal dan menginferens adalah lemah, ini akan menyukarkan mereka dalam menjawab soalan tersebut.

Bersasarkan pendapat-pendapat pakar di atas saya mendapat ilham untuk berusaha untuk mencari cara penyelesaian bagi kelemahan-kelemahan yang dapat dikesan hasil dari refleksi pengajaran di mana mereka didapati lemah dalam Kemahiran Proses Sains terutamanya menjawab soalan berbentuk inferens ataumembina inferens dari pemerhatian eksperimen yang dijalankan semasa PdP di dalam kelas Sains. Di samping itu saya bertekad untuk membantu mereka dalam meguasai kemahiran kemahiran tersebut sebelum mereka melangkah ke Tahun 6 pada tahun hadapan. OBJEKTIF :a. Mengenalpasti punca masalah membuat inferens yang salah dan tidak berkaitan dengan tajuk pelajaran yang sepatutnya.b. Merancang dan melaksanakan pengajaran menggunakan kaedah SPKG (Senarai Kait Pilih Guna) yang telah dinovasikan c. Mengenalpasti keberkesanan penggunaan kaedah Kaedah Senarai Pilih Kait Guna (SPKG) ke atas pelajar semasa menjawab soalan yang memerlukan mereka membuat inferens atau memberi inferens bagi pemerhatian semasa aktiviti PdP.d. Mengenalpasti kelemahan dan membuat cadangan penambahbaikan bagi inovasi yang telah dirancang dan dilaksanakanSTRATEGI PELAKSANAANTindakan yang dirancang akan dijalankan dalam jangka masa 4 minggu dan menggunakan masa dua masa pengajaran (4 jam). Satu sesi pengajaran dan pembelajaran mengambil masa satu jam. Dalam program ini, saya telah menyediakan dan mengatur beberapa langkah bagi membantu murid-murid membuat inferens dengan lebih tepat daripada pemerhatian yang dibuat.

Kaedah SPKG adalah singkatan bagi

a) Senarai (menyenaraikan sebab yang mungkin bagi pemerhatian) b) Kait (mengaikan sebab dengan tajuk penyiasatan/eksperimen)c) Pilih ( memilih sebab yang paling tepat bagi fenomena atau pemerhatian yang dibuat dan,d) Guna. (menggunakan sebab bagi membina ayat inferens yang lengkap)Langkah 1:

Guru menyediakan 4 set rangsangan yaang terdiri dari gambarajah, jadual, graf dan pernyataan pemerhatian bagi sesuatu eksperimen untuk tajuk-tajuk yang telah dipelajari oleh murid. Rangsangan ini dicetak dalam 2 saiz iaitu bersaiz besar F4 yang akan dilekatkan pada papan tulis dan dalam saiz A4 yang mengandungi ruang jawapan sebagai edaran pelajar. Hanya 1 set rangsangan akan digunakan pada satu-satu masa untuk membimbing pelajar membuat inferens bermula dari rangsangan yang lebih mudah iaitu jadual sehinggalah rangsangan yang lebih sukar seperti gambarajah pemerhatian. Langkah 2:

Guru turut menyediakan kad imbasan yang mengandungi kata kunci bagi menjawab soalan inferens seperti yang telah penyelidik perolehi dari pengalaman lepas, dan ceramah teknik menjawab soalan UPSR Sains semasa Klinik UPSR pada tahun lepas dan Penataran Penyemakan Kertas Ujian Diagnostik anjuran Pejabat Pelajaran Daerah Sibu yang dikendalikan oleh pegawai SISC dan SIP Plus pada Januari 2015 yang lalu. Kad imbasan tersebut adalah seperti di dalam Rajah 4.1 di bawah. Kad imbasan ini akan digunakan untuk membimbing pelajar membina inferens dan dilekatkan di dalam kelas pada sudut sains bagi memberikan pengukuhan kepada pelajar.

Rajah 4.1 Kad imbasan kata kunci bagi menjawab dan membuat Inferens bagi pemerhatian

Langkah 3:

Guru akan melekatkan 3 kad imbasan yang mengandungi nama nama tajuk yang telah dipelajari pelajar sebelum ini dalam matapelajaran sains di atas rangsangan. Murid berbincang untuk memilih tajuk yang bersesuaian dengan rangsangan tersebut. Nama tajuk yang tidak sesuai akan disingkirkan. Guru perlu membimbing pelajar untuk memilih tajuk yang sesuai dan pelajar boleh merujuk buku teks atau buku kerja untuk memastikan tajuk yang sesuai. Langkah 4:

Guru meminta pelajar untuk membaca pemerhatian bagi eksperimen yang terdapat dalam rangsangan seperti yang telah dinyatakan di dalam Langkah 1. Kemudian murid diminta untuk menyenaraikan sebab bagi pemerhatian tersebut. Murid menuliskan senarai sebab bagi pemerhatian pada lembaran kerja mereka. Murid diberi masa 2 minit untuk menyenaraikan sebab mereka. 5 pelajar akan dipilih secara rawak untuk menulis 1 sebab terbaik mereka di tepi Rangsangan Kelas yang dilekatkan pada papan tulis.Kemudian murid akan memilih 1 daripada sebab-sebab yang telah dituliskan oleh rakan mereka. Sekiranya semua senarai yang dikemukakan pelajar tidak bersesuaian pelajar boleh diberikan peluang untuk menyenaraikan semula sebab sebab yang mungkin untuk pemerhatian tersebut.

Langkah 5:

Selepas memastikan bahawa pelajar telah memilih sebab yang terbaik bagi pemerhatian, murid akan dibimbing untuk membina ayat menggunakan kata kunci bagi membuat inferens seperti yang telah dinyatakan dalam langkah 2. Murid perlulah menggabungkan penyataan pemerhatian dengan sebab yang telah mereka pilih dengan ayat yang betul.PELAN TINDAKAN PROJEK INOVASI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

(Senarai semak aktiviti yang perlu dilaksanakan oleh pelajar)BILAKTIVITI / PERKARA

TARIKHCATATAN

1. Memaklumkan Guru Besar dan Mentor mengenai Program Internship3 Ogos 2015

2. Mengenal pasti masalah dan pengumpulan maklumat10 Ogos 2015

3. Menulis Proposal Projek Inovasi Pengajaran dan Pembelajaran11-13 Ogos 2015

4. Merancang tindakan 14-16 Ogos 2015

5. Melaksana pengajaran menggunakan Inovasi

16 -27 Ogos 2015

6. Membincangkan masalah yang timbul dalam projek inovasi bersama mentor28 Ogos 2015

7. Pencerapan pengajaran dan pembelajaran mengunakan Inovasi oleh Mentor3 september 2015

8. Menulis Laporan Internship4-6 September 2015

9. Menghantar Porfolio Internship kepada Unit Praktikum IPG Kampus Rajang10 September 2015

Persediaan sebelum aktiviti dilaksanakanKOMEN MENTOR/PENSYARAH :

Disemak oleh Mentor

Catatan:

Tandatangan :

Nama :

Tarikh :Disahkan oleh Guru Besar

Catatan:

Tandatangan :

Nama :

Tarikh :

INFRENS = PEMERHATIAN + SEBAB

7